Monday, April 27, 2009

akibat ketensionan..



nak explain per ah?? haha.. tengok la gmbar tu puas2.. nie lah akibatnya apabila kepala dipenuhi ilmu2 yg menunggu masa untuk explode! haha! disebabkan pening kepala n tak tau nak buat per, so, kite orang buat salun cuci rmbut lak kat umah... kali nie penaja utama syampu clear pulak. haha.. hmm.. aktiviti yg pelik dan sukar untuk ditemui di mane2 rumah.. tuelah kelebihan duduk ngan member yg sempoi.. huhu.. enjoy!

Sunday, April 26, 2009

kegilaan menjelang final






hmm..not much too say.. the pictures explain everything.. haha.. nielah aktiviti aku n budak2 rumah aku akibat tiada bende nak buat.. bermodalkan bedak silky white yang ade kt umah kte org, mcm2 style muke kteorang buat. hmm.. ade bakat jadi mak andam..haha!

Tuesday, April 21, 2009

butakah cinta??

butakah cinta??
persoalan yang sering bermain difikiranku..
kini menghampiri jawapan yang pasti..
aku telah mengerti dan kenal erti cinta..
memang..
memang cinta itu buta..

bagiku rupa bentuk fizikal bukan ukuran percintaan
aku tidak kisah sama ada 'dia' gemuk atau kurus, hitam atau putih, cantik atau tidak..
yang penting aku ikhlas dengannya dan dia turut ikhlas denganku bukan kerna rupa..
namun
apa yang kita lihat sekarang jadi sebaliknya..
ramai yang mendambakan cinta kerana rupa paras yang cantik
menjadi hamba cinta hanya kerana kekasih bermuka cantik dan menjadi idaman setiap jejaka
pabila dapat merasai bercinta dengan orang idamannya itu, lantas dia bangga akan dirinya..
tapi
apakah mereka mengerti bagaimana perasaan cinta yang sebenar??
persoalan itu bukan ditujukan untuk diriku..
kerna aku mengerti..
bahwa
jawapan untuk pertanyaan ini adalah tiada jawapan yang pasti..
setiap orang mempunyai jawapan sendiri mengenai cinta..

aku sendiri tidak mempunyai jawapan
kerna cinta yang hadir adalah ikhlas dari hati
perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata..
hanya yang bercinta boleh menyelami perasaan ini..

kadangkala aku terfikir sejauh mana percintaan ini akan pergi..
adakah bila aku bergaduh dengan'nya' aku akan berpisah??
adakah hanya sekadar percintaan sementara yang tidak akan berkekalan??
adakah percintaan ini akan berakhir dengan kebahagiaan berumahtangga??
aku ingin sekali mengetahui jawapannya..
namun
kata-kata kawanku telah menyebabkan aku sedar..
jangan kita memikirkan sejauh mana kita akan pergi
buang jauh-jauh segala pertanyaan itu..
kerna sememangnya kita tidak pasti
Allah saja yang mengetahui..
kerana segala perancangan yang baik adalah dari Allah..
tapi itu tidak bermakna kita boleh bersenang dengan apa yang ada..
hanya yang pasti
cinta yang berkekalan takkan goyah jika hati yang ikhlas akan cinta itu ada..
apa yang kita perlu lakukan ialah teruskan hubungan ini selagi boleh..
jangan berputus asa sehinggalah benar-benar tidak boleh diteruskan..
sehingga itu barulah kita mengambil jalan terakhir
kerana kita telah sedaya upaya untuk mengekalkan perhubungan ini..

seringkali juga aku terfikir
adakah 'dia' setia akanku??
jika aku berjauhan dengannya, apa yang dia lakukan??
pernahkah 'dia' menipuku??
jujurkah 'dia'??
namun kemudian aku sedar..
seseorang yang mencintai atau dicintai tidak akan mengecewakan pasangannya..
biarlah apa yang 'dia' nak lakukan..
yang penting aku sendiri..
sekurang-kurangnya aku tahu yang aku tidak pernah bersikap tidak jujur kepadanya..
walau 'dia' tidak berlaku jujur padaku
namun satu hari nanti
'dia' akan sedar bahawa kesetiaan diriku padanya tidak berbelah bahagi..

apa yang aku mahukan hanyalah orang yang aku cintai akan merasa bahagia tatkala bersamaku..
aku inginkan 'dia' merasai segala saat-saat ku bersamanya itu saat-saat yang manis yang dia boleh kenang sehingga bila-bila..
tidaklah aku menyesal pabila berpisah dengannya nanti kerna tidak pernah memberikannya kebahagiaan ketika 'still' bersamanya..
but hope hubungan ku bersamanya akan berkekalan sehingga bila-bila..

dan aku harap tiada penyesalan terhadap perhubungan ku..

Sunday, April 19, 2009

swing swing

days swiftly come and go
i'm dreaming of her
she's seeing other guys
emotions they stir
the sun is gone
the nights are long
and i am left where the tears fall
did you think that i would cry on the phone?
do you know what it feels like being alone?
i'll find someone new
swing swing swing
from the tangles of
my heart is crushed by a former love
can you help me find a way to carry on again?
dreams cast into the sky
i'm moving on
sweet beginnings do arise
she knows i was wrong
the notes are old, they bend they fold
and so do i to a new love

did you think that i would cry on the phone?
do you know what it feels like being alone?
i'll find someone new
swing swing swing
from the tangles of
my heard is crushed by a former love
can you help me find a way to carry on again?
:)
x)
:O
O.O
:P
XD
O.o
8)
:D
:9
>:(
:'(
T.T
>.O
X.X

bury me
you thought your problem were gone
carry me
away,away,away

lirik lagu swing swing di atas adalah untuk semua pembaca
tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah pergi
kebosanan kerana tak tahu nak publish ape kn..
so hayatilah lagu di atas..

Saturday, April 18, 2009

strawberry oh strawberry!






sedap! bagi aku buah nie sedap walaupun rasenye masam n tawar.. lagi sedap law makan dengan salutan coklat atau cream. emmm....yummy! ramai tak tahu yang buah nie tak manis.. ade orang pernah gelakkan aku sebab cakap bende nie manis padahal secara realistiknya buah nie masam n tawar.. apepon aku suke ngan buah nie n takkan jemu memakannyer.. hehe..
gambar yang kat atas nie aku amik time bercuti kat cameron beberape hari yang lepas.. sampai sekarang aku masih teringatkan cameron n berharap satu hari nanti aku akan ade rumah kat sane n habiskan sisa hidup disana..

memori ladang teh












nie lah gambo-gambo aku ngan syatbi time minum teh kat BOH tea centre sungei palas kat cameron haritu.. sedap giler teh tue.. minum dikelilingi hamparan pokok teh yang subur menghijau.. dengan suasana yang sejuk dan nyaman memang sesuai sekali untuk relax..

add me!

huhu...
sekarang adiey da ade facebook!
sape2 yg ade facebook jgn la segan2 tuk add adiey 8
adiey_moon@yahoo.com
haha
enjoy!

sape2 yg belum ade tu ade-adekanlah..
jom ramai-ramai kite bukak facebook..
mcm2 ada!
huhu...

Thursday, April 16, 2009

KaRMa

KARMA

emm
ape yang aku boleh jelaskan mengenai karma
karma ialah sesuatu pembalasan balik atas segala kelakuan kita
maksudnya
apa yang kita kerjakan akan dibalas balik
sama ada yang kita lakukan itu sesuatu yang baik atau tidak
sesuatu yang baik insyaAllah akan dibalas dengan kebaikan
dan yang jahat juga insyaAllah akan dibalas dengan keburukan..

aku mula mempercayai karma
kerna aku tahu
Allah maha adil
segala perbuatan akan dibalas
namun kita tak tahu
sama ada perbuatan tersebut akan dibalas terus didunia atau di atas muka bumi ini
Wallahualam..

yang penting berbagai peristiwa berlaku pada diriku
telah menguatkan lagi keyakinanku pada karma

konsep karma telah ku tahu sekian lama
tapi aku tidak ambil berat mengenainya
jauh sekali untuk menjadikannya sebahagian dari kehidupan
namun
selepas kawanku menceritakan mengenainya
aku semakin percaya
bahawa karma itu ada

kepada teman sekalian
ingat-ingatlah tika berbuat sesuatu
buat baik berpada-pada
buat jahat jangan sekali
Allah maha kuasa atas sesuatu
segala yang diperbuat ada balasannya
hanya kita tidak menyedari atau kurang prihatin..

beringatlah..

to be continued>>

blogger!

aku ade ramai member
and ade segelintir yang jadi blogger macam aku
haha
tapi aku tak laa aktif sangat
blog aku pon citer pasal aku je r..

antara ramai-ramai kawan
dd_athirah ade gak blog
follow blog dye 8
luvgreendidie.blogspot.com
blog dd menarik
interesting and lovely!
hujan gula-gula!


my ex housemate, ben
blog dye
abenblurbs.blogspot.com
mcm2 ada..
bagi aku kebanyakannya lawak
that's yard of talks
nie sorang lagi
norman
normidasuki.blogspot.com
aku sampai sekarang tak tahu ape tue D5T7
haha
nie pon ade bhn lawak gak
but sometimes it took too serious
judge it urself
haha
n lastly
new blogger
and also my fwen
acik or pecal
blog dye
sni-cal.blogspot.com
appreciate on what we have!


bosan

bosan nyer..
aku bru balik dari cameron..
sekarang kat cc perda
syatbi ngan pulut nga main dota
aku tak reti
so
malas nak join..
baik aku menaip jerr..
haha
sekurang-kurangnya
boleh meningkatkan tahap kecekapan menaip
hehe

balik

hari nie aku balik umah kat penang..
terase berat hati nak balik..
but
still
i enjoyed all the moment i came here
cameron!
huhu..

tapi sebelum tue..
singgah jap shop2 yg ade kt cameron
bli brg sikit untuk bwk balik sarawak nanti..
nothing special
just strawberry tea and jam..
that's all
itu untuk mak abah kat sarawak..
ade gak bli untuk kengkawan kat penang
emm..
ingat nak beli strawberry
tapi
takut 'lenyor'

so
dgn berat hati
kite tinggalkan cameron..sblum tue lunch dlu..
mak syatbi masak ikan sembilang masak kari n ayam goreng
emmm
sedap!
teringat lagi first day smpi umah syatbi
mak dye masak daging kambing kari
lagi sedap!
papepon thx makcik!
masakan mak cik memang sedap!
menjilat jari..
thx bagi saya duduk umah makcik..
emm..
len kali saya datang lagi..
thx makcik n pakcik!

dalam kol 4 kiteowank gerak balik penang..
penat tak terkata..
pinggang pun mcm nak patah
aduyai..
punggung nak tercabut
huhu..

papepon
memori di cameron takkan aku lupakan
macam dd_athirah said
mcm kat negara omputih!
hehe..
dapat gak aku merasa asap kuar dari mulut time sejuk..
bercakap dgn asap dalam mulut
best!

dan di saat ini..
aku bersyukur sangat
kerana dapat berkawan ngan ramai kawan yang berlainan asal
boleh bawak aku cuti-cuti malaysia!
hehe..
haritu balik kl..
sekarang singgah cameron pulak..
maybe next time would be johor n sabah??
i don't know
maybe....

Wednesday, April 15, 2009

postpone

14 april 2009
hari nie syatbi bwk aku g ladang teh

pergi kat BOH centre
emm
bes giler!
minum teh kat atas puncak bukit
dikelilingi ladang teh
shiiok!

then
climbing brinchang mountain..
huhu
pendakian yg mencabar
tp pakai moto laa
maleh nak gne kaki
da takde kudrat nak naik
tinggi sgt
tpi bez!

kat atas gunung brinchang
naik lak menara
tpi time tue view tak brape cantik
sebab kabus tebal
sejuk pulak tue..
boleh nampak asap time bernafas
mcm kat negeri orang putih
time tue jumpe lak pelancong dri england
adiey ngan syatbi pon borak laa ngan dye
seronok!
ade lak wartawan reader's digest time tue
dye tanye laa bez season tuk melancong kat m'sia
adiey siap recommend dye pergi sarawak
hehe

turun dr gunung hujan lebat lak..
so
balik umah jap
then kuar lagi
kali nie naek kete lak
honda crv bapak syatbi nye
jln2..
round2..
smpai nak termuntah

mlm lepak lak ngan mmber syatbi
am n aspa
time lepak tu r syatbi wat hal
ajak blik luse lak
emm
trime je r
aku pun suke gak blik khamis
tak yah terburu-buru sgt

postpone!
haha
i like
but
not too much
blum study lagi
da la ade test static
terpakse struggle nie
tak tdo malam laa jwbnya

n satu lagi brita untuk student smts
buat yang mengenali cikgu noor hasliza bt abdul rahim
beliau telah kembali ke rahmatullah pagi tadi(15/04/09)
AL-FATIHAH....
semoga rohnya dicucuri rahmat..

Monday, April 13, 2009

another day

emm..
i'm still 8 cameron..
freezing..ggrrrr!
huh..
but today, syatbi ajak g melawat cameron
huhu..
first skali g ke ladang teh
tpi ladang teh plak tutup..
hampa...

then dye ajak la g ke strawberry farm..
ui..
time tu laa aku meliur tengok strawberi yg ade kat situ...
syatbi pon ajak laa g makan strawberi with chocolate n cream..
fuh.. nampak sedap!
then i try ate one..
delicious!
tpi masam r..

syatbi cakap strawberi memang masam..
strawberi yg manis tu palsu jer..
hehe..
it's not a joke but it's a fact!
everybody seems to believe that delicious strawberry will taste like a sugar but
unfortunately it's not.. believe me..
real strawberry taste sour..
and cepat muak r..
but still like it!

then syatbi ajak r g cc online jap
lagipon tgh hujan time tue
so aku pon on9 r jap..
post aku yg bertajuk tercabut tue lah yg aku publish time tue..
hehe..
then sekarang aku online lagi lepas balik kejap ke umah tadi
after amik member syatbi, am, kiteowank pon g la sini..

haha..
that's my day today..
mcm bosan kan??
time nie cameron tgh musim hujan
so tak bleh nak buat po r..
k.. sekarang aku da bosan.. chiaow lu..

tercabut

tercabut??
apenyer yg tercabut??
hehe..
tentu sume tertanye2..
sebenarnye bukan tercabut..
cuma hampir nak tercabut jer..
ni ha.. punggung rase nak tercabut jer..
upss!
sori kalaw perkataan tak bertapis
huhu..

seharian aku naik motosikal dgan syatbi ke cameron.
uhh.. dari kol 3 petang sampi kol 9 malam..
6 hours.. bru smpi umah syatbi..
pinggang pun rase nak patah jer..
tpi tu lah dye..
kalau tak semangat untuk ke cameron tak tinggi.. aku da berhenti kat ipoh daa..
haha..
papepon cameron memang sejuk... n malam first kite orang sampai aku memang letih sampai tertido tak sedarkan diri..
after solat subuh, sambong blik tdo..
memang cameron sesuai untuk tdo..
dgan suasana yg nyaman..
huhu..
gudnite!

Friday, April 10, 2009

cameron highland


huhu..
can't wait..
tomorrow i'm going to cameron
syatbi ajak g umah dye..

tak sabar aku nak ke cameron nie..
terbayang-bayang suasana sejuk
tambah lagi kesedapan strawberi
membuat aku terliur

ntah cmne keadaan kat sane
aku tak pernah lagi pergi
so
wait n see

tak sabar nak habis final exam 4 ko esowk
huhu

harap-harap cameron akan tinggalkan seribu satu kenangan buatku.
CAMERON...................
I come!!!

kawan + nama= variasi

kawan..
aku ade ramai kawan
sejak kecil lagi aku suke berkawan
tak kisahlah spe dye..
perempuan ke, laki ke, miskin, kaya, baik, jahat...
sume aku berkawan
bagi aku tak kisah laa nak berkawan ngan sape pon..
walaupun berkawan dgn orang yang perangai tak baik sekalipun,
mane tau satu hr nanti dye akan berubah
dan yang baik tak slalunya akan trus baik..
semua manusia ini same jer di sisi Allah..
yang membezakan hanya keimanan dan ketaqwaan jer..
bagiku
jgn nilai seseorang dr luaran
yang jahat tak semestinya keras hati
mungkin lagi lembut hatinya dri orang yg lembut..

bercerita pasal kawan nie mcm2 name kawan yang aku ade..
bukan laa name sebenar tapi panggilan yang pelik2 yang kadang-kadang menggelikan hati
waktu aku tingkatan satu dulu aku ade kawan name cuak..
padahal dye tak secuak yg disangka
ade gak name duet.. hehe.. mcm nak berkaraoke jer..

waktu aku kat sekolah berasrama lagi ramai name panggilan yang pelik2...
cicak, penyu, duku, toyol, cuet, mr.bean..
Mr.Bean??
haha..
tu gelaran untuk member aku yang keding n perangai mcm mr.bean..
aku sendiri pon kat sarawak budak2 panggil aku moon(bulan)
yg tue mmg name timangan aku sejak kecil..
dlm family aku hanye mak aku yang panggil aku D..
kat semenanjung nie aku bawak name adiey..
bukan tak suke panggilan moon, tapi sesekali nak gak dipanggil name adiey tu..
baru market..
hehe..
takde r..
sebenarnyer name tu famous sgt kalau aku gune..
sbb name tu laa aku jadik famous kat skolah..
haha..
bukan nak kembang hidung lebih lagi nak bangga diri..
tpi itulah kenyataan..
name tu besar ertinya bagiku..

berbalik kepada crita kawan..
sem dua nie aku duduk luar, jd NR
kwn rumah aku perangai sume giler2..
tpi sume memahami..
seperti satu family yg tak bley berpisah..
adib, amar, syatbi, azfar, pulut(nie lagi satu name pelik), feek, arif n atiq..
tu la member umah aku kat penang nie..

kalau nak member online plak
yang paling slalu aku on9 n bg comment d.d_athirah..
hehe.. d.d, jgn mare adiey letak name dd kat cni..
pastu mmber2 yang bru kenal dlm internet laa..

aku ade gak kawan yang aku gelar sahabat..
sahabat nie kategori susah senang bersame..
sahabat aku paling rapat adzahari, amir, amin, mazuan, razak..
aku n dye orang nie mcm satu bond yang tak boleh dipisahkan..
kemane jer kiteowank pergi akan sentiase bersame..
tu dlu lah.. waktu kat sekolah..
aku masih contact ngan dye orang lagi..
walupun sekarang sume da terpisah jauh dek kerna mengejar ilmu..
adzahari n razak sekarang kat poli mukah, sarawak
amir kat poli kuching, sarawak
mazuan kat smt sejingkat(form 6) kuching, sarawak
amin kat matrikulasi labuan, sabah
dan aku??
hmm...
aku terdampar di semenanjung
di sebuah pulau bernama pulau pinang..
mengejar cita-cita tuk menjadi engineer berjaya
sama seperti sahabat perjuanganku yang lain
memasang angan-angan untuk sama-sama berjaya
insyaAllah..
Amin..

begitulah kawan
setiap orang pasti mempunyai kawan masing-masing
kehidupan tanpa insan bergelar kawan tentunya sunyi sepi..
bak kata amar, ia umpama nasi goreng tanpa perencah
bagiku ia seperti sambal tanpa asam,
ibarat kari tanpa garam
umpama air minuman tanpa gula..
kurang sempurna...

Tuesday, April 7, 2009

hilang arah

aku hilang arah
huh..

sejak kebelakangan ini aku asyik terfikirkan masalah yg tak habis2 menjelma
bagi kebanyakan orang masalah datang dan berlalu pergi
tapi
bukan bagi aku
masalahku datang dan terus bertambah tanpa berkurang

adakalanya aku terfikir untuk 'give up' dan membiarkan masalah yg dtg tanpa memikirkannya..
tapi aku fikirkan kembali.
ini bukan aku yang sebenar
diri aku yang sebenar bukan begini
aku tak boleh nak hipokrit terhadap diri aku sendiri

kadangkala aku terfikir
mengapa Allah uji aku sebegini
masalah demi masalah menimpa
biarpun satu masalah telah selesai
satu masalah lain pulak mnjelma
tapi..
aku redha dengan ketentuanNya..
mungkin ini balasan terhadap aku kerna lalai dalam mentaati suruhanNya
atau ujian Allah terhadap hambanya


mendekati final exam ini hatiku semakin keliru
aku terkenangkan semula perkara yang berlaku sepanjang semester dua aku di UiTM ni..
hmmm..
HILANG ARAH!
itu yang aku boleh ungkapkan mengenai apa yang berlaku pada diriku
tidak seperti semester satu yang lepas
aku begitu bersemangat untuk belajar
tambahan pula target aku ketika itu adalah untuk mendapat anugerah Dekan di UiTM setiap sem dan paling tinggi Anugerah Naib Canselor
namun itu semua harapan semata-mata

memang aku akui keputusan aku di semester satu begitu memuaskan
dengan pointer 3.7 aku berjaya mendapat anugerah yang aku idamkan
itupun dengan berkat usaha serta doa kedua ibu bapaku juga
kejayaanku itu membakar lagi semangatku untuk meneruskan pencapaian sedemikian di semester 2
apatah lagi rakan seperjuanganku yang belajar di politeknik Mukah, Adzahari mendapat pointer 4.0
aku begitu bangga dengan sahabat karibku ini
dia lah yang banyak membantu aku, memberi galakan, menguatkan semangat dan yang penting menjadi tempat buatku melepaskan segala permasalahan di hati..

namun semester dua yang bakal berakhir ini mungkin tidak akan membawa makna yg besar bagiku
sebab aku telah kehilangan arah sejak bermula sem lagi
mungkin permasalahan yang menimpa membuatku begini
semangatku kian luntur
pudar dalam arus wahana yang melanda diriku
sesekali ku sesali apa yang terjadi pada diriku
namun itu semua tidak mampu menyelesaikan kekusutan di dalam hati

kini..
aku menyimpan satu harapan
harapan untuk memperoleh 3 pointer above
aku dah tak kisah kalau tak beroleh 3.5 ke atas
mungkin di lain sem aku boleh
tetapi bukan sem ini
kerna byk pelajaran yg dah tertinggal
kelas yang banyak tidak dihadiri
markah test yang kebykkannya 'failed'

hmm
biarkan saja
apa yg aku perlu lakukan sekarang hanyalah berusaha untuk final ini
aku tak nak hanyut lagi

kepada sahabatku
adzahari yang kini berada di politeknik mukah,
amir yang kini berada di politeknik kuching,
mazuan yang berada di tingkatan enam smt sejingkat,
amin yang berada di kolej matrikulasi labuan
dan
razak yang berada di politeknik mukah,
truskan kecemerlangan anda di sana
aku mendoakan kejayaaan anda semua wahai sahabatku
jgn hilang pedoman
jgn jadi seperti diriku yang hanyut ini
doakan lah aku berjaya menempuhi final exam ini
kerna pengharapan itu pasti
namun keputusan yg membuahkan segalanya


Monday, April 6, 2009

hatiku

hari tu ade org merajuk kat aku
dye kol n cakap
"nape tak kol 2 hari"
aku tergamam dan terkelu..
then dye terus letak phone
aku rase bersalah giler

bukan aku tak nak kol ke, mesej ke
but
i da xde kredit time tue
duit pon tgh short

2 hari aku fikir cmne nak pujuk
then syatbi bagi r kat aku idea..
"kau nyanyi la lagu kat dye"
minta maaf

so
hari sabtu tue aku kol dye n nyanyikan lagu utk dye
hehe..
then dye bagi mesej
dlm mesej tu cakap
"romantiknyer..."

huhu.....
hatiku bagai melayang..
ermmm.

buat pengetahuan org yg mesej aku nie..
kalau awk bace post nie fikirkan dgn mendalam..
saya tak kisah siapa awak
rupa paras awak
sikap awak
penampilan awak
sebenarnye...
saya cintakan awak sepenuh hati..
fikir-fikirkanlah...

andai aku ditakdirkan bersamamu..
cuma 3 yg kupinta..

1 dia pandai menjaga agamanya
2 dia pandai menjaga kehormatan dan maruahnya sendiri( x bergaul bebas)
3 dia menghormati kedua ibu bapa

rupa paras bukan ukuran dalam percintaan
hati yang tulus dan suci yg membuahkan kebahagiaan
jgn lupa diri
bersihkan hati
terima org seadanya..

itulah luahan hatiku padamu
jika sanggup menerimaku seadanya
terimalah...
akan ku menanti sebuah jawaban
jawaban yang pasti
tentang hati.....

Friday, April 3, 2009

ngantok+mamai+on9

tak tahu nak wat per..
so, here i am
posting a blog without contents..
hehe..
is that true??
i don't know..
judge it!

aku ngah on9 kat cafe sutera nie..
ingatkn malaz r nk gi..
nie pon bru bgn dri tidur yg sekejap
tak tau nape aku nk sgt on9
mungkin time mamai tadi kene ajak oleh syatbi n feek g on9
so, aku ikut je r..
malaz nak fikir byk

haha..
rase nak gelak r..
tp tak boleh kuat2..
nnti sume orang lari..
huhu..
ngantok lagi nie..

aku nak guna facebook lak lah..
macam best jer..

sekarang nie aku ade friendster and myspace jer
so, kurang meluas laa..

marilah ramai-ramai add friendster n myspace aku..
add me 8: adiey_moon@yahoo.com

insyaAllah law aku da ade facebook aku gtaw kowank k!

aku nak cari kwn ramai-ramai..
huhu..
law ade yang sudi dialu-alukan..

k
wa nak cau lu..
papehal i publish post baru
nite to all!

Wednesday, April 1, 2009

nasib baik

huh..
nasib baik btol. entah camne aku lalai seketika hari nie..
tp aku memang takut giler r tadi..
handphone aku hilang. mcm2 da terlintas kat fikiran aku time tue..
you know.. if you are in my place you also will feel the same..
cuak aku tadi. lepaz klaz bel tadi aku pergi r makan kat cafe zamrud. lunch. tapi time tu da kol 3.30 laa.. tak tahu la lunch ke minum petang..
tak kisah la apepun.. yang penting aku memang lapar sebab tak makan lagi sejak pagi..
ye r.. bangun pun dah pukul 12 tghari.. nak breakfast apenyer.. subuh pun ke laut la gamatnya.
da habis makan aku pergi la berehat kejap kat bilik tv.
sebab tu memang tempat yang sesuai kalau nak berehat.
al maklumlah ada aircond..
aku baring r kejap..
lepaz tu aku teringat nak siapkan assignment, so aku tangkas bergerak untuk ke cc.
lagipun time tue aku da janji ngan mamat sorang nie nak siapkan assignment sama-sama..
so aku jalan r g cc..
on the way ke cc tu aku seluk la poket aku nak amik handphone sbab nak kol member aku nie tadi..
time tu la aku jd gelabah semacam..
mane pergi handphone aku nie??
arrgghhh!! aku terus berlari pergi ke kolej zamrud..
aku rase aku tercicir handphone tu kat bilik tv
sampai je kat bilik tv pandangan mataku melilau mencari handphone nokia N70 warna hitam..
takder.....

time tue aku nampak khairul
dye pun tanye aku r, kau carik handphone ke?
a'ah..
tadi ade budak mechy amik..
owh ye ker..
aku pun mintak tolong carik ngan aku budak tu..
carik2 tak jumpe..
aku pun pinjam r handphone khairul
aku kol r no. phone aku tue..
then pak guard yang jawab
rupe-rupenyer phone tu da ade kat pak guard..
camtu la kisahnyer..
memang bernasib baik la aku hari nie..
mane tak nyer
kalau handphone hilang dan di amik orang mesti takkan jumpe balik..
so aku berterima kasih la dgan mamat yang serahkan phone aku tu kat pak guard
walaupun aku tak pernah jumpa ngan dye orang
tapi..
aku harap satu hari nanti aku mampu membalas jasa dye orang..