Tuesday, April 21, 2009

butakah cinta??

butakah cinta??
persoalan yang sering bermain difikiranku..
kini menghampiri jawapan yang pasti..
aku telah mengerti dan kenal erti cinta..
memang..
memang cinta itu buta..

bagiku rupa bentuk fizikal bukan ukuran percintaan
aku tidak kisah sama ada 'dia' gemuk atau kurus, hitam atau putih, cantik atau tidak..
yang penting aku ikhlas dengannya dan dia turut ikhlas denganku bukan kerna rupa..
namun
apa yang kita lihat sekarang jadi sebaliknya..
ramai yang mendambakan cinta kerana rupa paras yang cantik
menjadi hamba cinta hanya kerana kekasih bermuka cantik dan menjadi idaman setiap jejaka
pabila dapat merasai bercinta dengan orang idamannya itu, lantas dia bangga akan dirinya..
tapi
apakah mereka mengerti bagaimana perasaan cinta yang sebenar??
persoalan itu bukan ditujukan untuk diriku..
kerna aku mengerti..
bahwa
jawapan untuk pertanyaan ini adalah tiada jawapan yang pasti..
setiap orang mempunyai jawapan sendiri mengenai cinta..

aku sendiri tidak mempunyai jawapan
kerna cinta yang hadir adalah ikhlas dari hati
perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata..
hanya yang bercinta boleh menyelami perasaan ini..

kadangkala aku terfikir sejauh mana percintaan ini akan pergi..
adakah bila aku bergaduh dengan'nya' aku akan berpisah??
adakah hanya sekadar percintaan sementara yang tidak akan berkekalan??
adakah percintaan ini akan berakhir dengan kebahagiaan berumahtangga??
aku ingin sekali mengetahui jawapannya..
namun
kata-kata kawanku telah menyebabkan aku sedar..
jangan kita memikirkan sejauh mana kita akan pergi
buang jauh-jauh segala pertanyaan itu..
kerna sememangnya kita tidak pasti
Allah saja yang mengetahui..
kerana segala perancangan yang baik adalah dari Allah..
tapi itu tidak bermakna kita boleh bersenang dengan apa yang ada..
hanya yang pasti
cinta yang berkekalan takkan goyah jika hati yang ikhlas akan cinta itu ada..
apa yang kita perlu lakukan ialah teruskan hubungan ini selagi boleh..
jangan berputus asa sehinggalah benar-benar tidak boleh diteruskan..
sehingga itu barulah kita mengambil jalan terakhir
kerana kita telah sedaya upaya untuk mengekalkan perhubungan ini..

seringkali juga aku terfikir
adakah 'dia' setia akanku??
jika aku berjauhan dengannya, apa yang dia lakukan??
pernahkah 'dia' menipuku??
jujurkah 'dia'??
namun kemudian aku sedar..
seseorang yang mencintai atau dicintai tidak akan mengecewakan pasangannya..
biarlah apa yang 'dia' nak lakukan..
yang penting aku sendiri..
sekurang-kurangnya aku tahu yang aku tidak pernah bersikap tidak jujur kepadanya..
walau 'dia' tidak berlaku jujur padaku
namun satu hari nanti
'dia' akan sedar bahawa kesetiaan diriku padanya tidak berbelah bahagi..

apa yang aku mahukan hanyalah orang yang aku cintai akan merasa bahagia tatkala bersamaku..
aku inginkan 'dia' merasai segala saat-saat ku bersamanya itu saat-saat yang manis yang dia boleh kenang sehingga bila-bila..
tidaklah aku menyesal pabila berpisah dengannya nanti kerna tidak pernah memberikannya kebahagiaan ketika 'still' bersamanya..
but hope hubungan ku bersamanya akan berkekalan sehingga bila-bila..

dan aku harap tiada penyesalan terhadap perhubungan ku..

4 comments:

  1. gle ah
    adiey
    mmg jiwang karat xhengat nie

    bole bganding bahu sama itu dr cinta!
    (:

    ReplyDelete
  2. emm..

    nie untuk orang yang adiey suke tue..

    hope dye ade bace n selami perasaan adiey..

    adiey tak sehebat dr cinta..

    mbe one day i will..

    but now, adiey just fokus untuk 'dia' saje..

    hehe!

    ReplyDelete
  3. bpk romantik!
    haish
    mane blaja nie
    (:

    ReplyDelete
  4. haish..
    mane ade romantik..
    ckit2 jer..
    hehe
    :p

    ReplyDelete