Tuesday, April 27, 2010

PadAh eXaM..

menjadi seorang pelajar bukannya mudah. kadangkala kesulitan yang dihadapi perlu dilalui dengan cermat dan berhati-hati. adakalanya kita merentas kesulitan bersama-sama dengan rakan yang setia menemani tetapi tidak selalunya begitu.

minggu exam yang bermula seawal 23 april menjadi titik tolak bagi perubahan yang akan berlaku seterusnya di semester hadapan. ramai yang menaruh harapan untuk terus berjaya dalam setiap subjek yang diduduki tanpa repeat satu paper pun.. yang mengungguli carta setiap semester dalam senarai anugerah dekan terus menaruh harapan yang tinggi berbekalkan ilmu yang dipelajari sepanjang sem serta usaha tanpa erti mengenal penat lelah. tidak kurang pula ada yang kedengaran untuk mendapat sekadar lulus tanpa memikirkan cgpa yang bakal diperoleh.malah ada yang sudah 'serrender' pada awal lagi tatkala melihat 'carry mark' yang tidak memberangsangkan. tidak kurang juga yang telah tersungkur sebelum sempat menempuhi 'peperangan' lagi.

inilah senario yang sering berlaku pabila menjelangnya minggu-minggu terakhir di kampus yang telah aku diami semenjak 1 tahun yang lampau.. kadangkala aku sendiri memikirkan demikian. mengalah sebelum berjuang. adakah aku seorang yang lemah? perlukah aku berbuat sesuatu untuk menghadapi perjuangan ini?

ketika orang lain sibuk mentelaah dan membuat ulangkaji, aku pula menyibukkan diri untuk online dan bersukaria melihat movie di laptop. kebanyakannya cerita jepun.. leka melayan movie hingga membuatkan aku lupa untuk study..

hmmm. aku tak tahu apa padah yang bakal aku peroleh nanti. namun itulah yang aku kena terima dengan hati yang terbuka kerana akulah yang mengundang padah itu..

Thursday, April 1, 2010

hari pensyarah

hari ni hari pensyarah.. atas keterlanjuran aku memperkenalkan diriku sebagai ahli SIFE kepada lecturer mat, so, sebagai akibat aku kena jaga gerai kerepek untuk kelab pensyarah.

pelbagai perkara bermain di kotak fikiranku kerana memikirkan sambutan yang bakal diterima. adakah menggalakkan atau sebaliknya. pada fikiranku kerepek tak mungkin akan laku terutama di kalangan student u. tambahan pula gerai-gerai lain menjual produk yang sememangnya popular. ada yang menjual waffle, kek, roti, rojak dan sebagainya. tidak kurang pula yang menjual pakaian dan berbagai jenis baju. kami pula hanya mengharapkan kepada kerepek dan kuih bahulu dan bangkit dan hanya boleh berdoa agar segalanya laku.

ternyata sangkaanku meleset sama sekali. kerepek turut mendapat sambutan. malah ketika gerai ditutup pada jam 5 ptg, semua kerepek habis dijual. mungkin inilah berkat menolong pensyarah.. hehe..

aku ingin berterima kasih kepada rakanku yang menemaniku di gerai, din. kepetahannya memikat hati pelangganlah yang menyebabkan segalanya laku terjual...

insyaAllah esok kami akan jual lagi kerepek.. harap laku lagi...