Sunday, March 28, 2010

hari-hari yang lalu...

ah, lame tak post pasal hari-hari aku. kebetulan da ada kat Nash Donuts, apa lagi amik peluang untuk mengonline kan diri lah..

aku baru je balik daripada aktiviti di sebuah sekolah kat Baling, Kedah. SK Siong.(sambungan cerita SIFE) aktiviti ini anjuran kelab SIFE UiTM Penang. penat giler. aku ditugaskan untuk memastikan persediaan makanan berjalan dengan lancar. pada masa yang sama, aku turut serta dengan para pelajar darjah enam yang melakukan pelbagai experiment sains di dalam dewan sekolah.. seronok memang seronok.. walaupun tidak berpeluang untuk berjumpa pelajar orang asli kerana ketidakhadiran, namun aktiviti yang telah dirancang kami laksanakan satu demi satu dengan sebaiknya..

alhamdulillah.. segala perancangan dilaksanakan dengan jayanya.. aku gembira dengan apa yang telah dilakukan. walaupun terdapat sedikit masalah di pertengahan program, namun tidak sedikitpun melunturkan semangatku untuk terus berbakti dalam projek 'Backyard Science' ni. ini semua demi memastikan setiap pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini minat kepada sains..

diharap cita-cita murni yang kami tunaikan ini akan membuahkan hasil.

ini adalah program SIFE yang terakhir bagi semester ini.. bermakna, aku kene fokus kat pembelajaran pula lepas nie...

aku ternanti-nanti apa pula program SIFE semester depan.. Tak sabar nyer....

Thursday, March 11, 2010

SIFE

aku baru je balik dari meeting SIFE. SIFE stand for Student In Free Enterprise. ni first meeting aku sebab aku bru je join benda ni. apapun aku kena lebih rajin sebab lepas nie takde masa untuk lepak. selain dari assignment n 'homework' yang melambak, aku kene buat kerja untuk SIFE gak. first assignment aku adalah buat banner n logo untuk satu projek yang kami akan laksanakan di SK Siong dekat Baling, Kedah.

sekarang aku tengah memikirkan ape logo yang sesuai ah???

Sunday, March 7, 2010

hidup oh hidup

sudah agak lama aku tak post mengenai 'life' yang aku jalani sekarang..

tak ada yang menarik pun yang berlaku. hidup ku masih seperti dulu. aku teringat kembali bagaimana aku boleh berada di bumi semenanjung ni. padahal tidak pernah terlintas padaku untuk menjejakkan kaki sebagai student di sini. aku cuma anak jati sarawak yang biasa. tidak pernah mengimpikan untuk hidup mewah mahupun berjaya seperti kebanyakan orang. padaku, biarlah hidupku secara bersederhana dan harmoni tanpa gangguan.

habis jer spm aku terus apply nak sambung kat university. aku pun ada apply kat matrikulasi atas permintaan keluarga. akhirnya, niat untuk sambung belajar termakbul apabila aku ditawarkan ke kolej matrikulasi labuan. betapa ayah dan ibu gembira apabila mengetahui mengenai tawaran tersebut. pelbagai persiapan dibuat.

apa yang buat aku tersentuh hati sehingga sekarang ialah bagaimana ayah aku berkorban untuk menghantar aku ke labuan. ayahlah yang menghantar aku sehingga ke labuan. ibu hanya mengiringi hingga ke lapangan terbang sahaja. setibanya di kota kinabalu, kami menaiki feri dari jeti Jesselton. kami naik secara percuma atas pertolongan rakan ayah. namun, kami hanya ditempatkan di tempat meletakkan barangan penumpang di mana tiada tempat untuk duduk pun di situ. ayah membiarkan aku duduk di atas barangan penumpang. manakala dia berdiri dengan penuh sabar demi anaknya. terima kasih ayah!

namun, aku hanya berada 3 minggu jer kat labuan. ayahku telefon memberitahu aku dapat tawaran dari UiTM Penang dalam bidang kejuruteraan. apa lagi. aku tidak melepaskan peluang dan menerima tawaran tu.

tu lah sedikit sebanyak bagaimana aku boleh ada kat penang nie.. hmm. apapun aku bertuah kerana keputusan yang aku buat byak merubah kehidupan aku, cara berfikir dan sebagainya. entahlah. aku tak nafikan apa yang berlaku adalah atas kekuasaan Allah Yang Maha Kuasa.. dan aku bersyukur kerna masih hidup di atas muka buminya ini...