Tuesday, March 8, 2011

SeraButnyeerrr!

kepala otak aku tgh serabut sekarang nih..

nak mencarut jer sepanjang hari. tpi kalu mencarut buat tambah dose jer lah.. dose yang ada pun x terbayar ni kan pula nak topup dose yg bru..


hmmm..
aku dalam dilema sekarang..
entahlah, aku sendiri x tahu cmne nak selesaikan..

harap dapat selesai dengan segera segala permasalahan
biar cepat2 ia pergi
malas nak kecoh lagi

Thursday, March 3, 2011

X syoknyer.. mcm ChiPSmoRE!

aku sgt pressure skrg..

mcm2 kena buat. assignment, proposal projek utk kelab, carikan org utk ikut kursus, fikirkan projek, fikirkan wallet yg sudah menipis dan simpanan bank yg tinggal sen sen jer kat peti simpanan bilik kebal bank..

problem byk mcm chipsmoRe.. kalu boley chipSmoRe yg extra chips..

bila nak jadi chipsless pun x tau.

Wednesday, March 2, 2011

KePUASan yg TerAMaT SgT!!

hari ni aku sgt gembira sebab segala penat lelah aku terbayar dengan lumayan sekali.. Kepuasan yg tak boleh didapati dengan wang ringgit.

Berhari-hari aku dilanda keresahan memikirkan projek kelab yg aku join ni. bukan projek apapown.. just nak bukak Siswa Uptown jer. tu pun berkonsepkan pasar malam. tpi projek yg satu ni lah yg byk bagi masalah. dah lah dibagi projek last minit. minggu lepas hari rabu dibagi 'assignment' ni, rabu minggu ni(hari ini) pulak dah kena buat. memang x tidur la buat kerja.

apa2 pon thnx to project manager, samad sebab berjaya memastikan semuanya berjalan dengan lancar. walaupun terdapat sedikit kekacauan kerana budak2 UiTM yg kurang bagi kerjasama, tpi semua ahli kelab menunjukkan kerjasama yg kuat bagi memastikan semuanya berjaya seperti yg dirancang. Alhamdulillah syukur..

x lupa jugak kepada penasihat kami, puan mel sebab memberikan kata2 semangat kepada kami walaupun projek ini pun di bgi macam melepas batuk di tangga.

btw.. aku pun dah penat ni.. harap dpat tido dlm senyuman jer skrg..

Tuesday, March 1, 2011

Cuciy TRay..

Tetiba aku teringat zaman aku masih bersekolah dulu. ketika di tingkatan 5 SMT Sejingkat, Kuching. waktu tu aku duduk kat asrama sbb sekolah tu pun mewajibkan semua pelajar untuk duduk kat asrama.
Ingatan yang paling aku takkan lupakan bila budak-budak kamar 9 iaitu kamar yg aku diami sejak tingkatan 4 tu kena denda. uihh.. time tu mmg semuanya sengal-sengal belaka. gara-gara kami ditangkap pecah masuk bilik kosong kat asrama blok c semata-mata utk makan maggie dalam baldi, semuanya kena denda cuci tray kat dewan makan. kat kamar aku ada sepuluh orang termasuk aku, muammar, dukuk(bns), toyol(bns), paen(bns), aba(bns), mildred, Mr Bean(bns), alvin dan cuet(bns).

Apa lagi, lepas makan tengahari bermulalah episod geng2 kamar 9 ni cuci tray. bukan main lagi malunyer kat dak2 pompuan. Tapi tu lah yg dinamakan kenangan. bukan semua orang akan mengalami pengalaman yang sama.

Bagi aku, kenangan itu takkan aku lupakan sebab itulah kenangan paling manis skali time sekolah dulu2.. sekarang aku dan budak2 kamar 9 semuanya telah melangkah ke alam kampus. walaupun kami nakal waktu sekolah, tetapi semuanya berjaya melanjutkan pelajaran ke bidang masing2..

Buat blogger walker yg masih di alam sekolah, ni lah masanya untuk anda mencipta kenangan bersama kawan2.. ingatlah kenangan itu yg mematangkan kita..

*nota kaki: bns= bukan nama sebenar..

Minah Yg SENGAL!!???

Hari ni aku nak citer pasal minah yang sengal skali aku pernah jumpa..

haaa...

mesti ramai tertanya-tanya pasal minah ni kan?? apapon dia ni memang sengal dan seorang yang sgt lambat utk berfikir.. oooppps! jgn marah kalu terbaca post saya ni.. hehe..

Bukan nak mengutuk tapi itulah kenyataan. bila orang cakap lain, lain pulak yang dicakapnyer. bila cakap kat dia pulak response punyalah lambat. kalu dia ni streamyx, aku rasa mesti lagi dahsyat lembap dari broadband.. kahkahkahkah..

apapun aku doakan minah ni boleh berubah jadi yg lebih baik.. mungkin dia perlu kursus cara-cara berfikir dengan cepat atau kaedah mengenal potensi diri???

* minta maaf jika ada yg terasa.. citer kat atas hanya utk tujuan berblogging shj..
ada kesempatan aku post lagi keh!
ceria selalu:)