Tuesday, March 5, 2013

Lamaaa.....

It's been years since I updated this blog... wooowhhh... Nothing much happen.Just that things aren't going as I planned. hummm.. But its okay. Thats what we called experience. It mature us and make us grow.. yeahh.. That's right! Just cheer up!

Tuesday, March 8, 2011

SeraButnyeerrr!

kepala otak aku tgh serabut sekarang nih..

nak mencarut jer sepanjang hari. tpi kalu mencarut buat tambah dose jer lah.. dose yang ada pun x terbayar ni kan pula nak topup dose yg bru..


hmmm..
aku dalam dilema sekarang..
entahlah, aku sendiri x tahu cmne nak selesaikan..

harap dapat selesai dengan segera segala permasalahan
biar cepat2 ia pergi
malas nak kecoh lagi

Thursday, March 3, 2011

X syoknyer.. mcm ChiPSmoRE!

aku sgt pressure skrg..

mcm2 kena buat. assignment, proposal projek utk kelab, carikan org utk ikut kursus, fikirkan projek, fikirkan wallet yg sudah menipis dan simpanan bank yg tinggal sen sen jer kat peti simpanan bilik kebal bank..

problem byk mcm chipsmoRe.. kalu boley chipSmoRe yg extra chips..

bila nak jadi chipsless pun x tau.

Wednesday, March 2, 2011

KePUASan yg TerAMaT SgT!!

hari ni aku sgt gembira sebab segala penat lelah aku terbayar dengan lumayan sekali.. Kepuasan yg tak boleh didapati dengan wang ringgit.

Berhari-hari aku dilanda keresahan memikirkan projek kelab yg aku join ni. bukan projek apapown.. just nak bukak Siswa Uptown jer. tu pun berkonsepkan pasar malam. tpi projek yg satu ni lah yg byk bagi masalah. dah lah dibagi projek last minit. minggu lepas hari rabu dibagi 'assignment' ni, rabu minggu ni(hari ini) pulak dah kena buat. memang x tidur la buat kerja.

apa2 pon thnx to project manager, samad sebab berjaya memastikan semuanya berjalan dengan lancar. walaupun terdapat sedikit kekacauan kerana budak2 UiTM yg kurang bagi kerjasama, tpi semua ahli kelab menunjukkan kerjasama yg kuat bagi memastikan semuanya berjaya seperti yg dirancang. Alhamdulillah syukur..

x lupa jugak kepada penasihat kami, puan mel sebab memberikan kata2 semangat kepada kami walaupun projek ini pun di bgi macam melepas batuk di tangga.

btw.. aku pun dah penat ni.. harap dpat tido dlm senyuman jer skrg..

Tuesday, March 1, 2011

Cuciy TRay..

Tetiba aku teringat zaman aku masih bersekolah dulu. ketika di tingkatan 5 SMT Sejingkat, Kuching. waktu tu aku duduk kat asrama sbb sekolah tu pun mewajibkan semua pelajar untuk duduk kat asrama.
Ingatan yang paling aku takkan lupakan bila budak-budak kamar 9 iaitu kamar yg aku diami sejak tingkatan 4 tu kena denda. uihh.. time tu mmg semuanya sengal-sengal belaka. gara-gara kami ditangkap pecah masuk bilik kosong kat asrama blok c semata-mata utk makan maggie dalam baldi, semuanya kena denda cuci tray kat dewan makan. kat kamar aku ada sepuluh orang termasuk aku, muammar, dukuk(bns), toyol(bns), paen(bns), aba(bns), mildred, Mr Bean(bns), alvin dan cuet(bns).

Apa lagi, lepas makan tengahari bermulalah episod geng2 kamar 9 ni cuci tray. bukan main lagi malunyer kat dak2 pompuan. Tapi tu lah yg dinamakan kenangan. bukan semua orang akan mengalami pengalaman yang sama.

Bagi aku, kenangan itu takkan aku lupakan sebab itulah kenangan paling manis skali time sekolah dulu2.. sekarang aku dan budak2 kamar 9 semuanya telah melangkah ke alam kampus. walaupun kami nakal waktu sekolah, tetapi semuanya berjaya melanjutkan pelajaran ke bidang masing2..

Buat blogger walker yg masih di alam sekolah, ni lah masanya untuk anda mencipta kenangan bersama kawan2.. ingatlah kenangan itu yg mematangkan kita..

*nota kaki: bns= bukan nama sebenar..

Minah Yg SENGAL!!???

Hari ni aku nak citer pasal minah yang sengal skali aku pernah jumpa..

haaa...

mesti ramai tertanya-tanya pasal minah ni kan?? apapon dia ni memang sengal dan seorang yang sgt lambat utk berfikir.. oooppps! jgn marah kalu terbaca post saya ni.. hehe..

Bukan nak mengutuk tapi itulah kenyataan. bila orang cakap lain, lain pulak yang dicakapnyer. bila cakap kat dia pulak response punyalah lambat. kalu dia ni streamyx, aku rasa mesti lagi dahsyat lembap dari broadband.. kahkahkahkah..

apapun aku doakan minah ni boleh berubah jadi yg lebih baik.. mungkin dia perlu kursus cara-cara berfikir dengan cepat atau kaedah mengenal potensi diri???

* minta maaf jika ada yg terasa.. citer kat atas hanya utk tujuan berblogging shj..
ada kesempatan aku post lagi keh!
ceria selalu:)

Wednesday, February 23, 2011

hari-hariku

wah.. lamanya aku x update blog Catatan Masa aku ni.. last aku 'update' 10.12.2010.. huu.. lame tuu! aku rasa blog aku ni mcm hidup segan mati x mau jer ada tuan mcm aku ni.
sebenarnya aku bukan tak nak update blog ni, cuma masa saja yg x mengizinkan aku utk berblogging. sekali sakala boleh lah aku update. maklumlah, jd student katakan..lebih2 lagi aku ni aktif berpersatuan. lagilah x boleh nak berblogging sangat.

semester ni memang aku buzy giler.. jalan sana jalan sini, kursus sana kursus sini,berkejar ke sana berkejar kesini, tido sana tido sini..dari minggu pertama hinggalah sekarang, x der masa rehat langsung. terutama dalam hal kelab yg aku join sekarang. mcm2 aktiviti kami buat. semua memerlukan tenaga empat kerat yg kena aku perah smpi x sempat nak kering.

minggu ni pulak minggu test. lagilah buat aku sibuk. bukan setakat aktiviti kelab, aku kena 'rushing' utk kelas, kuiz, test n assignment.. huh! assignment kelab pun x sempat siap lagi. tekanan sungguh jadi insan macam aku.. sekarang baru aku mengerti perasaan orang yang sibuk mcm AKU!

oklah.. aku pun malas nak membebel byk.. lagi2 sekarang ni aku tgh prepare utk test 4 jam kredit. jadi, papepon aku harap test aku berjalan baik dan kehidupan aku pun makin baik.. buat blogger walker yang terbaca post aku ni, doakan lah aku yer!
hihi..

InsyaAllah aku akan update blog ni lagi dimasa-masa akan datang. mungkin bila aku dah ada idea nak merepek lagi aku akan update(x tau la brapa lama, mungkin sehari, seminggu, sebulan atau setahun). jgn tunggu yer.. hihi

ok lah
wassalam kpd semua
harap hari anda akan ceria selalu:)

Friday, December 10, 2010

i'm out!

i'm sad right now
i dont know
maybe something make me feel harsh

i have decided today that im going to leave
leaving 4 my own future
cause if i stay i will suffer
and that's a lot!

maybe it is the time
and no more time does make this time
when the time come all should know
it is better not let the time just pass by

thanks to all members that very supportive towards me
i'm not regret leaving
cause there is something to be proud of
but the pride should be pay
and the time to pay have come

sorry to all that hurt
hope you all can find another person
better than me
and hope you all will success!

Tuesday, April 27, 2010

PadAh eXaM..

menjadi seorang pelajar bukannya mudah. kadangkala kesulitan yang dihadapi perlu dilalui dengan cermat dan berhati-hati. adakalanya kita merentas kesulitan bersama-sama dengan rakan yang setia menemani tetapi tidak selalunya begitu.

minggu exam yang bermula seawal 23 april menjadi titik tolak bagi perubahan yang akan berlaku seterusnya di semester hadapan. ramai yang menaruh harapan untuk terus berjaya dalam setiap subjek yang diduduki tanpa repeat satu paper pun.. yang mengungguli carta setiap semester dalam senarai anugerah dekan terus menaruh harapan yang tinggi berbekalkan ilmu yang dipelajari sepanjang sem serta usaha tanpa erti mengenal penat lelah. tidak kurang pula ada yang kedengaran untuk mendapat sekadar lulus tanpa memikirkan cgpa yang bakal diperoleh.malah ada yang sudah 'serrender' pada awal lagi tatkala melihat 'carry mark' yang tidak memberangsangkan. tidak kurang juga yang telah tersungkur sebelum sempat menempuhi 'peperangan' lagi.

inilah senario yang sering berlaku pabila menjelangnya minggu-minggu terakhir di kampus yang telah aku diami semenjak 1 tahun yang lampau.. kadangkala aku sendiri memikirkan demikian. mengalah sebelum berjuang. adakah aku seorang yang lemah? perlukah aku berbuat sesuatu untuk menghadapi perjuangan ini?

ketika orang lain sibuk mentelaah dan membuat ulangkaji, aku pula menyibukkan diri untuk online dan bersukaria melihat movie di laptop. kebanyakannya cerita jepun.. leka melayan movie hingga membuatkan aku lupa untuk study..

hmmm. aku tak tahu apa padah yang bakal aku peroleh nanti. namun itulah yang aku kena terima dengan hati yang terbuka kerana akulah yang mengundang padah itu..

Thursday, April 1, 2010

hari pensyarah

hari ni hari pensyarah.. atas keterlanjuran aku memperkenalkan diriku sebagai ahli SIFE kepada lecturer mat, so, sebagai akibat aku kena jaga gerai kerepek untuk kelab pensyarah.

pelbagai perkara bermain di kotak fikiranku kerana memikirkan sambutan yang bakal diterima. adakah menggalakkan atau sebaliknya. pada fikiranku kerepek tak mungkin akan laku terutama di kalangan student u. tambahan pula gerai-gerai lain menjual produk yang sememangnya popular. ada yang menjual waffle, kek, roti, rojak dan sebagainya. tidak kurang pula yang menjual pakaian dan berbagai jenis baju. kami pula hanya mengharapkan kepada kerepek dan kuih bahulu dan bangkit dan hanya boleh berdoa agar segalanya laku.

ternyata sangkaanku meleset sama sekali. kerepek turut mendapat sambutan. malah ketika gerai ditutup pada jam 5 ptg, semua kerepek habis dijual. mungkin inilah berkat menolong pensyarah.. hehe..

aku ingin berterima kasih kepada rakanku yang menemaniku di gerai, din. kepetahannya memikat hati pelangganlah yang menyebabkan segalanya laku terjual...

insyaAllah esok kami akan jual lagi kerepek.. harap laku lagi...