Tuesday, April 27, 2010

PadAh eXaM..

menjadi seorang pelajar bukannya mudah. kadangkala kesulitan yang dihadapi perlu dilalui dengan cermat dan berhati-hati. adakalanya kita merentas kesulitan bersama-sama dengan rakan yang setia menemani tetapi tidak selalunya begitu.

minggu exam yang bermula seawal 23 april menjadi titik tolak bagi perubahan yang akan berlaku seterusnya di semester hadapan. ramai yang menaruh harapan untuk terus berjaya dalam setiap subjek yang diduduki tanpa repeat satu paper pun.. yang mengungguli carta setiap semester dalam senarai anugerah dekan terus menaruh harapan yang tinggi berbekalkan ilmu yang dipelajari sepanjang sem serta usaha tanpa erti mengenal penat lelah. tidak kurang pula ada yang kedengaran untuk mendapat sekadar lulus tanpa memikirkan cgpa yang bakal diperoleh.malah ada yang sudah 'serrender' pada awal lagi tatkala melihat 'carry mark' yang tidak memberangsangkan. tidak kurang juga yang telah tersungkur sebelum sempat menempuhi 'peperangan' lagi.

inilah senario yang sering berlaku pabila menjelangnya minggu-minggu terakhir di kampus yang telah aku diami semenjak 1 tahun yang lampau.. kadangkala aku sendiri memikirkan demikian. mengalah sebelum berjuang. adakah aku seorang yang lemah? perlukah aku berbuat sesuatu untuk menghadapi perjuangan ini?

ketika orang lain sibuk mentelaah dan membuat ulangkaji, aku pula menyibukkan diri untuk online dan bersukaria melihat movie di laptop. kebanyakannya cerita jepun.. leka melayan movie hingga membuatkan aku lupa untuk study..

hmmm. aku tak tahu apa padah yang bakal aku peroleh nanti. namun itulah yang aku kena terima dengan hati yang terbuka kerana akulah yang mengundang padah itu..

No comments:

Post a Comment