Tuesday, March 1, 2011

Cuciy TRay..

Tetiba aku teringat zaman aku masih bersekolah dulu. ketika di tingkatan 5 SMT Sejingkat, Kuching. waktu tu aku duduk kat asrama sbb sekolah tu pun mewajibkan semua pelajar untuk duduk kat asrama.
Ingatan yang paling aku takkan lupakan bila budak-budak kamar 9 iaitu kamar yg aku diami sejak tingkatan 4 tu kena denda. uihh.. time tu mmg semuanya sengal-sengal belaka. gara-gara kami ditangkap pecah masuk bilik kosong kat asrama blok c semata-mata utk makan maggie dalam baldi, semuanya kena denda cuci tray kat dewan makan. kat kamar aku ada sepuluh orang termasuk aku, muammar, dukuk(bns), toyol(bns), paen(bns), aba(bns), mildred, Mr Bean(bns), alvin dan cuet(bns).

Apa lagi, lepas makan tengahari bermulalah episod geng2 kamar 9 ni cuci tray. bukan main lagi malunyer kat dak2 pompuan. Tapi tu lah yg dinamakan kenangan. bukan semua orang akan mengalami pengalaman yang sama.

Bagi aku, kenangan itu takkan aku lupakan sebab itulah kenangan paling manis skali time sekolah dulu2.. sekarang aku dan budak2 kamar 9 semuanya telah melangkah ke alam kampus. walaupun kami nakal waktu sekolah, tetapi semuanya berjaya melanjutkan pelajaran ke bidang masing2..

Buat blogger walker yg masih di alam sekolah, ni lah masanya untuk anda mencipta kenangan bersama kawan2.. ingatlah kenangan itu yg mematangkan kita..

*nota kaki: bns= bukan nama sebenar..

No comments:

Post a Comment