Sunday, March 28, 2010

hari-hari yang lalu...

ah, lame tak post pasal hari-hari aku. kebetulan da ada kat Nash Donuts, apa lagi amik peluang untuk mengonline kan diri lah..

aku baru je balik daripada aktiviti di sebuah sekolah kat Baling, Kedah. SK Siong.(sambungan cerita SIFE) aktiviti ini anjuran kelab SIFE UiTM Penang. penat giler. aku ditugaskan untuk memastikan persediaan makanan berjalan dengan lancar. pada masa yang sama, aku turut serta dengan para pelajar darjah enam yang melakukan pelbagai experiment sains di dalam dewan sekolah.. seronok memang seronok.. walaupun tidak berpeluang untuk berjumpa pelajar orang asli kerana ketidakhadiran, namun aktiviti yang telah dirancang kami laksanakan satu demi satu dengan sebaiknya..

alhamdulillah.. segala perancangan dilaksanakan dengan jayanya.. aku gembira dengan apa yang telah dilakukan. walaupun terdapat sedikit masalah di pertengahan program, namun tidak sedikitpun melunturkan semangatku untuk terus berbakti dalam projek 'Backyard Science' ni. ini semua demi memastikan setiap pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini minat kepada sains..

diharap cita-cita murni yang kami tunaikan ini akan membuahkan hasil.

ini adalah program SIFE yang terakhir bagi semester ini.. bermakna, aku kene fokus kat pembelajaran pula lepas nie...

aku ternanti-nanti apa pula program SIFE semester depan.. Tak sabar nyer....

1 comment: